KESUMA ambil perhatian, ganjaran untuk pekerja kekal rendah

PEKERJA adalah tulang belakang ekonomi negara. Setinggi terima kasih kepada semua pekerja yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pasti ada majlis peringkat kebangsaan meraikan Hari Pekerja.

Wajarkah pulangan buat pekerja di Malaysia?.

Gaji dan upah yang rendah, agak malar, khususnya bagi yang berkemahiran rendah serta pampasan kepada pekerja (CE-Compensation for Employees) yang juga rendah adalah antara cabaran utama negara.

Sebahagian besar pekerja di Malaysia menerima gaji kurang daripada RM3,000. CE kita rendah. Kerajaan mensasarkan 45%, jauh daripada apa yang pernah dicapai. Tertinggi sekitar 37.4%, kini 33.6%. Mampukah kita meningkatkan CE?. Apa tindakan yang dilaksanakan untuk meningkatkan pampasan kepada pekerja?. Berkesankah?.

Hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi berkemungkinan terkesan. Ditokok dengan lambakan pekerja asing, tekanan ke bawah kadar upah semakin kuat, menjejaskan kualiti kehidupan khususnya kumpulan berpendapatan rendah. Apakah bentuk pasaran tenaga kerja yang kita cuba bentuk?.

Lambakan pekerja asing seolah-olah tidak lagi terkawal. Di semua sektor. Malaysia menjadi syurga kepada tenaga buruh asing tanpa kemahiran?. Bagaimana dengan misi Pelan Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)? Ekonomi negara seharusnya menjadi lebih canggih dengan pekerja berkemahiran tinggi? Sudah terbalik nampaknya.

Kadar pengangguran keseluruhan rendah, sekitar 3.2%. Namun, terselindung ialah pekerja yang ‘underemployed’, gaji yang tidak sepadan dengan pencapaian pendidikan terus meningkat, sekitar dua juta pekerja.

Yang lebih merisaukan ialah pengangguran dalam kalangan anak muda, belia. Pada julat umur 15-30 tahun, kadar pengangguran dua kali ganda, 6.5%. Untuk julat umur 15-24 tahun, lebih teruk, 10.3%. Belia, baru menamatkan pengajian, memulakan kerjaya, membina kehidupan, dicekam dengan pengangguran.

Kita perlukan satu gagasan khusus untuk menangani cabaran kepada pekerja negara. Jelas matlamat dan sasarannya. Jelas strategi dan pelaksanaannya. Jelas siapa yang memantau dan melapor progresnya.

Siapa yang dipertanggungjawabkan?. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ambil perhatian. Selamat menyambut Hari Pekerja 2026.

MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img