Anggota tentera cedera terkena tembakan di lapang sasar

SEORANG anggota tentera cedera selepas terkena tembakan rakan ketika berada di Lapang Sasar Sungai Menyala di Port Dickson semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.15 petang.

“Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang rakan sepasukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kejadian tersebut mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian muka dan telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Beliau berkata, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mohd Nasharudin berkata, susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga merupakan anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat sehingga boleh menjejaskan proses siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here