Mayat dalam kebun sawit: Lapan suspek direman seminggu

LAPAN suspek lelaki yang ditahan berkaitan penemuan mayat seorang lelaki tempatan di kebun kelapa sawit di Banting, Kuala Langat pada Ahad lalu direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Mohd Radzi berkata, semua lapan individu itu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing berusia antara 20 hingga 70-an direman bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, kecurian peralatan kebun dan buah sawit dipercayai menjadi motif pembunuhan lelaki berusia 49 tahun yang mayatnya ditemukan dalam kebun kelapa sawit.

Polis sebelum itu menerima laporan daripada anggota Cawangan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bahawa terdapat seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 5 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here