Nahas Jalan Kuching : Pemandu BYD akan didakwa tiga pertuduhan esok

PEMANDU kereta elektrik BYD yang ditahan di Hospital Damansara semalam akan didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Jalan Duta, Kuala Lumpur, esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari.

“Kertas siasatan kemudian dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan kira-kira jam 3 petang sebelum pihak pendakwaan bersetuju supaya pemandu berkenaan didakwa.

“Tiga pertuduhan yang bakal dihadapi adalah mengikut Seksyen 41(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemandu itu dijadualkan didakwa pada jam 9 pagi esok.

Dalam kejadian pada 11 Oktober lalu, sebuah kereta BYD dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir.

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur, manakala bapa mangsa dan seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here