Dua beradik positif dadah ditahan selepas pesta Songkran

KEGEMBIRAAN dua beradik menyambut pesta Songkran di Pekan Dannok, Thailand bertukar mimpi ngeri apabila mereka ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas disyaki positif dadah, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 21 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ketika dalam perjalanan pulang ke negara ini.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita berusia 21 tahun itu positif ketamin, methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta methamphetamine, manakala adiknya pula positif ketamin.

Wanita berkenaan mengakui mereka ke Thailand hanya untuk berhibur sempena Songkran dan pertama kali mencuba dadah.

“Kami masuk ke Thailand semata-mata nak sambut pesta Songkran dan sampai di sana ini baru pertama kali cuba ambil dadah dengan cara menghisap rokok,” katanya ketika ditemui semalam, lapor Buletin TV3.

Dalam pada itu, adiknya turut mengaku terjebak selepas terpengaruh dengan rakan.

Katanya, operasi dilaksanakan berdasarkan hasil maklumat risikan Unit Antidadah Sempadan (UAS) Bukit Kayu Hitam yang mendapati terdapat ramai rakyat Malaysia yang merentas sempadan bagi tujuan berhibur di pusat hiburan sekitar Dannok.

Sementara itu, Pengarah AADK Kedah, Md Razif Wan berkata, operasi khas itu dijalankan hasil risikan Unit Antidadah Sempadan (UAS) Bukit Kayu Hitam susulan peningkatan rakyat Malaysia ke pusat hiburan di Dannok.

Menurutnya, sebanyak 47 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 37 didapati positif dadah.

“Daripada jumlah itu, empat individu positif methamphetamine, ketamin (17), MDMA (14) dan THC (2),” katanya.

Beliau berkata, majoriti yang ditahan adalah pengguna kali pertama yang mengambil dadah untuk tujuan hiburan.

Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 46 tahun itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img