Guna nama tanpa kebenaran: M Nasir saman MyTeksi lebih RM5 juta

PENYANYI dan komposer tanah air, Datuk M Nasir memfailkan saman terhadap MyTeksi Sdn Bhd (Grab Malaysia) dengan tuntutan melebihi RM5 juta atas dakwaan menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan pemasaran minuman.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, bersama syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd, memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan MyTeksi sebagai satu-satunya defendan.

Menurut writ saman, beliau mendakwa, defendan menggunakan nama dan jenama ‘M. Nasir’ bagi menjual serta mempromosikan minuman yang dipasarkan sebagai ‘Kegemaran M. Nasir’ menerusi platform syarikat itu tanpa mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu.

Plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang MyTeksi, ejen dan pekerjanya daripada meneruskan sebarang tindakan yang didakwa sebagai salah nyata, penyalahgunaan atau eksploitasi nama M. Nasir untuk kepentingan komersial syarikat.

Mereka juga memohon mahkamah mengarahkan defendan mendedahkan dalam tempoh tujuh hari, penyata keuntungan yang diperoleh daripada penjualan minuman yang dipasarkan menggunakan nama ‘Kegemaran M. Nasir’ melalui platform berkenaan.

Selain itu, plaintif menuntut ganti rugi yang akan ditaksir oleh mahkamah atau alternatifnya penyerahan keuntungan yang diperoleh daripada jualan tersebut, bersama ganti rugi am, faedah dan kos.

M Nasir dan syarikatnya turut menuntut RM3 juta sebagai ganti rugi teladan (exemplary damages) serta RM2 juta sebagai ganti rugi teruk (aggravated damages).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img