Pegawai Jabatan Pertanian didakwa 11 pertuduhan terima RM56,200

SEORANG pegawai di Jabatan Pertanian Putrajaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 11 pertuduhan menerima barangan berharga berupa wang tunai berjumlah RM56,200 berkaitan projek ladang orkid eksport ke Dubai, antara 2023 hingga 2025.

Mohamad Nizam Malik, 48, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Gred G12 di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai tanpa balasan daripada individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya antara Mei 2023 hingga April tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di Putrajaya, termasuk di sebuah premis di Presint 14 serta sebuah cawangan bank di Shaftsbury Putrajaya, melalui transaksi pindahan wang dan penerimaan tunai.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan beberapa syarat tambahan, termasuk melapor diri ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Safari Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab.

Mahkamah turut menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img