Personaliti media sosial Akhmal Asyraf meninggal dunia di Oman

PERSONALITI media sosial, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV, meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman, malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan jurugambar terkenal, Saiful Nang menerusi satu hantaran di aplikasi Threads yang memaklumkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu tempatan.

Menerusi hantaran ringkas itu, Saiful Nang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik.

“Arwah baik orangnya. 6.58 pm (selepas Maghrib di Muscat). Malam Jumaat,” katanya dalam hantaran itu.

Difahamkan, Allahyarham berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu terbitan TV AlHijrah.

Berdasarkan perkongsian Saiful Nang, Kapten AA sebelum ini mengalami demam dan jangkitan paru-paru sehingga perlu mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Nizwa.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here