Wanita maut kereta rempuh belakang lori di lampu isyarat

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lampu isyarat di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai, pagi tadi.

Mangsa berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat platform e-dagang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat platform e-dagang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 6.15 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Jazz dipandu mangsa dari arah Kulai Besar menghala ke Johor Bahru hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Lori berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 66 tahun dan mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fatin Mohd Radzi di talian 018-3649199.

Dalam perkembangan berkaitan, satu hantaran di aplikasi Threads yang dipercayai dibuat mangsa sebelum kejadian turut tular di media sosial.

Hantaran itu memaparkan pertanyaan wanita berkenaan kepada pengguna aplikasi mengenai garisan atau urat timbul pada dahinya yang disifatkan kelihatan seperti ulat.

Hantaran berkenaan kemudian mendapat perhatian selepas seorang pengguna membalas dengan dakwaan bahawa keadaan itu dikaitkan sebagai petanda seseorang akan meninggal dunia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here