Warga emas rugi RM223,000 terjerat scam ‘salah hantar mesej’

SINDIKET penipuan pelaburan dikesan menggunakan taktik ‘salah hantar mesej’ sebelum menjalinkan hubungan di alam maya bagi memperdaya mangsa menyertai pelaburan palsu secara dalam talian.

Modus operandi itu didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman susulan kes terbaharu membabitkan seorang warga emas lelaki tempatan berusia 70-an yang kerugian RM223,000.

Menurut JSJK, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada seorang wanita pada 8 Februari lalu yang pada mulanya mendakwa tersilap menghantar mesej.

“Wanita itu (suspek) kemudian menghubungi mangsa beberapa kali untuk berkenalan dan berbual di alam maya sebelum membina kepercayaan serta memperkenalkan pelaburan palsu.

“Selepas berkenalan, mangsa diyakinkan menyertai pelaburan ‘trading’ saham melalui sebuah laman sesawang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara 13 Februari hingga 6 Mac lalu, mangsa melakukan sembilan transaksi pemindahan wang berjumlah RM223,000 ke enam akaun bank berbeza milik suspek.

Bagaimanapun, pada 7 Mac lalu, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan RM212,398 kononnya bagi cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membolehkan keuntungan pelaburan dikeluarkan.

Menurutnya, mangsa mula curiga selepas berbincang dengan isteri dan anak sebelum tampil membuat laporan polis pada 9 Mac lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img