Lagi kes warga asing maut jatuh dari aras 3 KLIA

SEORANG lelaki warga asing dilaporkan maut selepas terjatuh dari aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 selepas tular kejadian sama membabitkan wanita warga China, semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.10 malam membabitkan lelaki warga Algeria berusia 30 tahun.

Katanya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 2.55 pagi tadi selepas dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan.

“Dalam kejadian itu, dia telah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.

“Bagaimanapun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pagi tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan. Siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, lelaki terbabit membuka beg sandangnya dan berlari melompat pagar halangan sebelum bertindak terjun.

Semalam, seorang wanita warga China maut terjatuh dari luar balkoni aras 3 di KLIA Terminal 2.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, wanita berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya jam 5 petang.

Ravi dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA di talian 03-8776 8222,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img