Padah rogol anak: Bapa dihukum penjara 50 tahun, 24 sebatan

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dihukum penjara 50 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Miri hari ini selepas mengaku bersalah atas lapan pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Hakim turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM5,000 kepada mangsa dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia akan dikenakan hukuman penjara tambahan selama enam bulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang kini berusia 21 tahun hidup dalam penderitaan selama lebih sedekad apabila menjadi mangsa nafsu serakah bapanya sendiri sejak berusia sembilan tahun.

Siasatan mendapati tertuduh melakukan perbuatan keji itu secara berulang kali dengan menggunakan ugutan dan kekerasan bagi memastikan mangsa tidak melawan serta tidak mendedahkan kejadian yang dialaminya kepada sesiapa.

Malah, mangsa pernah memberanikan diri memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga ketika masih bersekolah.

Namun, laporan polis tidak dapat dibuat ketika itu berikutan ugutan dan kekerasan yang dilakukan tertuduh terhadap ahli keluarga mangsa sehingga mereka hidup dalam ketakutan.

Akibat trauma dan kawalan berterusan tertuduh, mangsa turut dipaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga sebelum terus hidup dalam ketakutan di bawah cengkaman bapanya sendiri.

Bagaimanapun, pada 5 Jun lalu, kira-kira jam 8 malam, mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dari kediamannya sebelum mendapatkan perlindungan daripada Tuai Rumah.

Tuai Rumah berkenaan kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan, sekali gus membuka jalan kepada siasatan polis.

Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan terperinci sebelum berjaya menahan tertuduh dan mendakwanya di Mahkamah Sesyen Miri.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img